Assalamualaikum,,,,,
Kali ini saya ingin berbagi kisah teladan buat yang membacanya, semoga bermanfaat ya bagi yang membaca kisah ini.
Kali ini saya ingin berbagi kisah teladan buat yang membacanya, semoga bermanfaat ya bagi yang membaca kisah ini.
Dalam
sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam
pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ''Lihat itu orang
tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan
kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun
turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang
demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya
berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab
anak itu."
Sebaik
mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu
bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi,
"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan
himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman
dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah
menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam
tiap-tiap satu."
Kemudian
Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah
rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang
fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya
(iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan
hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga
perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Sekian dulu buat tulisan saya kali ini ^_^
Wassalamualaikum .....
Sekian dulu buat tulisan saya kali ini ^_^
Wassalamualaikum .....
0 komentar:
Posting Komentar